awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China kini pengeksport kenderaan terbesar dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
31/01/2024
10:50 MYT
China kini pengeksport kenderaan terbesar dunia
Sektor automotif China berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. - Gambar fail/ Dagang News
PERSATUAN Pengilang Automobil Jepun (JAMA) mendedahkan data terbaharu yang menunjukkan China berjaya memintas Jepun sebagai pengeksport kenderaan terbesar dunia tahun lalu.
Data JAMA menunjukkan Jepun mengeksport 4.42 juta kenderaan pada 2023, berbanding 4.91 juta kenderaan yang dieksport oleh China seperti yang dilaporkan Persatuan Pengilang Automobil China bulan ini, lapor AFP.
Sektor automotif China berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya disebabkan oleh pelaburan besar-besaran dalam kenderaan elektrik (EV).
Biro Kastam China meletakkan jumlah itu lebih tinggi kepada 5.22 juta - peningkatan besar tahun ke tahun iaitu sebanyak 57 peratus, satu pertiga daripadanya merupakan kenderaan elektrik.
Dalam pada itu, pembuat kereta Jepun termasuk Toyota disahkan sebagai syarikat terbesar di dunia dengan jualan unit selain menghasilkan sejumlah besar kenderaan di negara lain.
Pada 2022, pengeluaran kenderaan di Jepun tidak termasuk motosikal berjumlah 7.84 juta unit, tetapi pengeluaran di luar negara hampir 17 juta unit.
Daripada model elektrik sepenuhnya, pengeluar Jepun sudah lama bertaruh pada hibrid yang menggabungkan kuasa bateri dan enjin pembakaran dalaman, perintis dengan Toyota Prius.
Pembuat kereta Jepun turut berikrar untuk meningkatkan produk mereka dengan Toyota menyasarkan untuk menjual 1.5 juta EV setiap tahun menjelang 2026 dan 3.5 juta menjelang 2030. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kenderaan elektrik
#China
#pengimport kereta terbesar
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan