awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Taufan Tropika Gezani landa Madagascar, sembilan maut
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China mahu adakan rundingan perdagangan - Trump

Bernama
Bernama
07/05/2025
09:45 MYT
China mahu adakan rundingan perdagangan - Trump
Presiden Donald Trump mendakwa pegawai China menunjukkan minat untuk berunding bagi meredakan perang perdagangan antara kedua-dua negara. - Foto Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa mendakwa bahawa pegawai-pegawai dari China menunjukkan hasrat untuk berunding bagi meredakan perang perdagangan antara kedua-dua kuasa besar, justeru rundingan akan diadakan "pada masa yang sesuai", lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Presiden Donald Trump mendakwa pegawai China menunjukkan minat untuk berunding bagi meredakan perang perdagangan antara kedua-dua negara.
  • AS mengenakan tarif sehingga 145% ke atas barangan China, sementara Beijing membalas dengan tarif 125% terhadap barangan AS. Namun, beberapa produk elektronik tertentu diberikan pengecualian.
  • Trump sebelum ini menyatakan terdapat komunikasi antara beliau dan Presiden China Xi Jinping, termasuk panggilan telefon, tetapi Beijing menafikan dakwaan tersebut.

"Mereka mahu berunding dan mengadakan pertemuan.
"Dan kami akan bertemu dengan mereka pada masa yang sesuai," kata Trump di Pejabat Oval ketika bersama Perdana Menteri Kanada, Mark Carney.
Pentadbiran Trump mengenakan tarif sehingga 145 peratus ke atas barangan import dari China.
Sebagai tindak balas, Beijing pula memperkenalkan tarif timbal balik sehingga 125 peratus terhadap barangan dari Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak memberikan pengecualian terhadap beberapa barangan tertentu yang dianggap penting, seperti produk elektronik terpilih bagi mengurangkan kesan ekonomi yang lebih besar.
Trump sebelum ini mengeluarkan beberapa kenyataan bercanggah mengenai status rundingan dengan Beijing, antaranya terdapat pertukaran komunikasi antara kedua-dua pihak, termasuk satu panggilan telefon antara beliau dan Presiden China Xi Jinping, namun Beijing menafikan dakwaan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif
#Donald Trump
#perangan perdagangan
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami