awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran sahkah ketua perisikan IRGC terbunuh dalam serangan AS-Israel
Konflik Asia Barat: Ops Tiris 4.0 bongkar 155 kes ketirisan subsidi, RM2.1 juta diesel dirampas
Pelaksanaan VM2026 dilanjutkan hingga penghujung 2027 - TPM Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS, China perlu harmonikan pendirian tentang Iran

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2021
22:05 MYT
AS, China perlu harmonikan pendirian tentang Iran
Presiden Joe Biden dan Presiden Xi Jinping ketika mengadakan pertemuan secara maya. - Foto REUTERS
PRESIDEN Amerika Syarikat dan Presiden China dilaporkan berbincang bagaimana mengharmonikan semula pendirian mereka menjelang rundingan nuklear tidak langsung dengan Iran.
Rundingan bagi menghidupkan semula Perjanjian Nuklear 2015 itu dijadual disambung semula pada 29 November ini.
Menurut Penasihat Keselamatan White House, Jake Sullivan, Presiden Joe Biden dan Presiden Xi Jinping mahu memastikan pendirian mereka senada ketika rundingan ini.
Ini bagi membolehkan prospek untuk menguatkuasakan semula perjanjian nuklear terbabit.
Delegasi dari Iran dan enam negara iaitu Britain, China, Perancis, Jerman, Rusia dan Amerika Syarikat akan berunding di Vienna.
Tumpuan adalah untuk meneruskan aspek pematuhan terhadap perjanjian berkenaan.
Iran mula mencabuli peraturan selepas Amerika Syarikat umum tarik diri daripada perjanjian itu dan mengenakan sekatan ke atas republik berkenaan.
China sebelum ini menyatakan pendirian mahu perjanjian berkenaan dikuatkuasakan semula.
Di sebalik sekatan Amerika Syarikat ke atas Iran, Beijing meneruskan pembelian minyak dari republik itu, demi kelansungan ekonominya.
Topic Berkaitan
#rundingan nuklear
#Amerika Syarikat
#China
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan