awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China sedia tingkat kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Thailand

Bernama
Bernama
20/08/2023
12:39 MYT
China sedia tingkat kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Thailand
Wang berkata China bersedia untuk memperdalam kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Thailand. - Gambar fail/Reuters
BEIJING: Menteri Luar China Wang Yi pada Sabtu bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Thailand Don Pramudwinai yang sedang dalam lawatan ke Beijing, lapor Xinhua.
Sambil menyatakan perkembangan hubungan dua hala tidak akan terjejas oleh perubahan dalam situasi antarabangsa atau situasi domestik di Thailand, Wang, yang juga anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China berkata Thailand dipercayai akan mengekalkan kestabilan dan pembangunan yang berterusan.
Wang berkata China bersedia untuk memperdalam kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Thailand, menggesa pencepatan pembinaan landasan kereta api China-Thailand dan laluan sambungan kereta api China-Laos-Thailand selain usaha bersama membanteras kegiatan jenayah rentas negara, termasuk penipuan telekomunikasi.
Beliau juga menyatakan kesediaan China untuk terus menyokong pembinaan komuniti ASEAN, menyokong pemusatan ASEAN dan menyokong usaha bersama untuk membina pusat pertumbuhan ekonomi.
China juga bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk mempercepatkan perundingan mengenai kod tata laku di Laut China Selatan, berusaha untuk pembentukan awal peraturan serantau yang berkesan dan substantif, dan membangunkan Laut China Selatan menjadi 'laut keamanan, persahabatan dan kerjasama', kata Wang.
Beliau menegaskan negara serantau juga harus berwaspada terhadap kuasa di luar wilayah yang mencetuskan konfrontasi berasaskan kumpulan dan menggalakkan mentaliti Perang Dingin, yang akan merosakkan keamanan dan kestabilan yang sukar diperoleh.
Don berkata dalam situasi semasa yang semakin meningkat ketidaktentuan antarabangsa dan serantau, Thailand bersedia untuk memperkuatkan lagi dialog dan pertukaran dengan China, memperdalam kerjasama yang saling menguntungkan dalam pelbagai bidang, mempromosikan sambungan landasan kereta api China-Laos-Thailand, dan berusaha untuk pembangunan bersama.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#situasi domestik
#memperdalam kerjasama
#jenayah rentas sempadan
#penipuan komunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan