awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Colombia: Hakim guna AI ChatGPT untuk buat keputusan

Bernama
Bernama
03/02/2023
05:27 MYT
Colombia: Hakim guna AI ChatGPT untuk buat keputusan
Pelancaran ChatGPT OpenAI pada akhir Nov 2022 menerima pelbagai reaksi kerana keupayaannya meniru perbualan manusia dan menjana teks berdasarkan gesaan pengguna. (Foto AP)
BANDARAYA MEXICO: Hakim dari bandar Cartegena, Colombia Juan Manuel Padilla menggunakan chatbot kecerdasan buatan (AI) iaitu ChatGPT untuk membuat keputusan mengenai satu kes mahkamah, lapor Sputnik.
"Buat pertama kali keputusan kes mahkamah di negara ini mengunakan AI. Namun, memahami kebimbangan ramai, keputusan yang saya buat sepenuhnya autonomi.
"Tetapi AI membantu untuk menyampaikan dan membuat keputusan," kata Padilla kepada penyiar Blu Radio.
Beliau berkata penggunaan alat sedemikian dalam amalan kehakiman negara itu tidak bercanggah dengan undang-undang Colombia dan membantu menjimatkan masa hakim.
Sejak tercetusnya wabak COVID-19, mahkamah Colombia telah menggunakan instrumen digital dan chatbot satu daripadanya.
"Malah ChatGPT boleh menjangka keputusan yang mungkin dibuat oleh mahkamah kerana prinsip kesaksamaan dikekalkan sambil mempertimbangkan duluan, jadi ia berfungsi sebagai parameter kepada keputusan itu.
"Penggunaan instrumen ini dan lain-lain tidak menjadikan hakim malas, keputusan adalah masih berautonomi dan proprietary (tuan punya)," kata hakim itu.
Pelancaran ChatGPT OpenAI pada akhir November 2022 menerima pelbagai reaksi kerana keupayaannya meniru perbualan manusia dan menjana teks berdasarkan gesaan pengguna.
Ada yang berpendapat ia sesuai untuk membangunkan kod dan ada yang berpandangan ia berpotensi untuk penyalahgunaan seperti pelajar menggunakan model itu untuk menulis esei.
Pada Selasa, seorang penuntut universiti di Rusia dapat menyelesaikan tesisnya menggunakan ChatGPT dan berjaya lulus dengan gred "memuaskan", menurut universiti itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ChatGPT
#Colombia
#chatbot AI
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan