awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 1.88 juta kes baharu seluruh dunia direkodkan dalam tempoh 24 jam

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2022
00:25 MYT
COVID-19: 1.88 juta kes baharu seluruh dunia direkodkan dalam tempoh 24 jam
Berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan 10,315 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. - Foto fail/REUTERS
TERDAPAT pertambahan 1.88 juta kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini mencecah 421.1 juta.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 78 juta kes.
Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 42 juta kes dan 28 juta.
Negara yang melepasi angka 22 juta kes adalah Perancis.
United Kingdom, Rusia, Turki, Itali dan Jerman pula melepasi angka 11 juta, manakala Sepanyol 10 juta kes.
Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.9 juta, diikuti Filipina melebihi 3.6 juta, Malaysia 3.1 juta dan Thailand dengan 2.6 juta kes.
Manakala Singapura melebihi 533,000 kes.
Sementara itu, berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan 10,315 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini mencecah 5.871 juta kes.
Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 933,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 643,000 kes, India lebih 510,000 kes dan Rusia lebih 337,000 kes.
Sementara Mexico kini catat lebih 314,000 kematian.
United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 97,000 kes adalah Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 145,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 55,000 diikuti Malaysia dengan 32,000 kes.
Manakala Thailand dengan lebih 22,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#kes kematian
#Johns Hopkins University
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan