awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Angka jangkitan di India lepasi 5 juta kes

Agensi
Agensi
16/09/2020
21:17 MYT
COVID-19: Angka jangkitan di India lepasi 5 juta kes
1,290 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan angka korban di India sebanyak 82,066, kematian ketiga tertinggi di dunia.
Jumlah jangkitan COVID-19 di India melepasi angka 5 juta pada Rabu.
Bulan ini sahaja, negara terpadat kedua di dunia ini telah menambah lebih dari 1 juta kes jangkitan dan dijangka menjadi negara yang paling teruk terkena wabak dalam beberapa minggu, melebihi Amerika Syarikat, yang menyaksikan lebih daripada 6.6 juta orang dijangkiti.
Kementerian Kesihatan India melaporkan, 90,123 kes baru disahkan dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 5 juta 20,359 kes.
Sejumlah 1,290 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan angka korban di India sebanyak 82,066, kematian ketiga tertinggi di dunia.
Rekod tertinggi harian India adalah pada Jumaat lalu dengan 97,570 kes.
Pakar memberi amaran kadar kematian India boleh meningkat dalam beberapa minggu mendatang dengan pelonggaran perintah berkurung, kecuali di kawasan berisiko tinggi.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#angka korban
#COVID-19
#India
#jumlah jangkitan
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan