awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Biden tandatangani pelan rangsangan AS$1.9 trilion

Astro Awani
Astro Awani
11/03/2021
23:16 MYT
COVID-19: Biden tandatangani pelan rangsangan AS$1.9 trilion
Amerika Syarikat perlu sokong pemulihan ekonominya dengan meningkatkan perbelanjaan pengguna dan pekerjaan. - Foto AP/Andrew Harnik
WASHINGTON: Selepas setahun bermulanya penularan pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat, Presiden Joe Biden menandatangani pelan rangsangan ke enam untuk pulihkan ekonomi negara itu berjumlah AS$1.9 trilion.
Pelan ini adalah tambahan kepada lima pelan sebelum ini yang mempunyai jumlah terkumpul sebanyak AS$4 trillion.
Sebagai ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat perlu sokong pemulihan ekonominya dengan meningkatkan perbelanjaan pengguna dan pekerjaan.
Pelan ini diluluskan majoriti demokrat di Senat dan Dewan Perwakilan dan ditolak oleh Republikan.
Ia mengandungi antara lain bantuan tunai AS$1,400 untuk hampir setiap individu di negara itu, bantuan pengangguran tambahan AS$300 dan bantuan lain untuk sekolah dan vaksin.
Pelan ini merupakan antara terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat yang diluluskan Kongres tanpa sebarang undi daripada wakil Republikan.
Biden dan ahli Demokrat lain dijangka akan adakan majlis menandatangani dokumen tersebut di White House pada Jumaat.
Kaji selidik oleh Pusat Penyelidik Pew pada Mac mendapati 70% rakyat Amerika Syarikat menyokong pelan rangsangan tersebut, termasuk 41% Republikan.
Kadar pengganguran di negara berkenaan meningkat 6.2% tahun lepas, menurut Jabatan Tenaga Kerja AS.
Amerika Syarikat mempunyai jumlah terkumpul 29 juta kes COVID-19 dan jumlah kematian sebanyak 530,000 kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pandemik
#jumlah kematian
#Joe Biden
#vaksin
#ekonomi
#AS
#pelan rangsangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan