awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 60 negara sertai Indonesia kecam serangan terhadap pasukan pengaman di Lubnan
LADA perkukuh pelancongan Langkawi di Johor dan Singapura menerusi kerjasama B2B
Ringgit terus catat kenaikan berbanding dolar AS didorong sentimen lebih baik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Doktor gesa SOP dikekalkan ketika Britain cadang mansuh sekatan 19 Julai

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2021
00:03 MYT
COVID-19: Doktor gesa SOP dikekalkan ketika Britain cadang mansuh sekatan 19 Julai
England perlu mengekalkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 walaupun ketika banyak sekatan akan dimansuhkan selepas 19 Julai. -Gambar hiasan
LONDON: England perlu mengekalkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 walaupun ketika banyak sekatan akan dimansuhkan selepas 19 Julai.
Ketua Persatuan Perubatan Britain, Dr Chaand Nagpaul memberi amaran bahawa SOP COVID-19 harus dikekalkan untuk menyekat penyebaran virus tersebut.
Persatuan Perubatan Britain mahu orang ramai terus menggunakan pelitup muka dan meminta fokus baharu pada sifat pengudaraan selepas kenaikan mendadak kes COVID-19 sejak kebelakangan ini.
Dr Nagpaul berkata data ini ditambah dengan beberapa peningkatan kemasukan ke hospital yang menunjukkan adalah salah dari segi kesihatan awam sekiranya sekatan dan SOP dimansuhkan secara sepenuhnya selepas 19 Julai.
Jelasnya, tindakan tidak wajar ialah memberi harapan kepada orang ramai kita akan memiliki masyarakat pra-COVID di mana tiada langkah-langkah pencegahan diambil untuk mengelak penularan.
Akhbar The Times sebelum ini melaporkan individu yang telah diberikan vaksin sepenuhnya yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit koronavirus akan bebas dalam beberapa minggu untuk meneruskan kehidupan normal tanpa perlu dikuarantin.
Perdana Menteri Boris Johnson mengesahkan Isnin lalu bahawa kebanyakan sekatan di England akan berakhir pada 19 Julai yang disebut "Hari Kebebasan".
Topic Berkaitan
#COVID-19
#SOP
#England
#Varian Delta
#Chaand Nagpaul
#mansuh sekatan
#19 JULAI
#Boris Johnson
#pelitup muka
#kontak rapat
#vaksin
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan