awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: EU cadang pengembara dari China kemuka keputusan ujian negatif

Bernama
Bernama
05/01/2023
03:50 MYT
COVID-19: EU cadang pengembara dari China kemuka keputusan ujian negatif
Negara anggota digalak untuk meminta semua penumpang dari China yang menuju ke negara anggota supaya menunjukkan keputusan ujian negatif COVID-19. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) pada Rabu bersetuju "menyelaraskan pendekatan langkah berjaga-jaga" berikutan lonjakan jangkitan COVID-19 di China baru-baru ini dengan mencadangankan pelancong dari negara itu mengemukakan keputusan ujian negatif COVID-19.
"Negara anggota digalak untuk meminta semua penumpang dari China yang menuju ke negara anggota supaya menunjukkan keputusan ujian negatif COVID-19 yang diambil tidak lebih 48 jam sebelum berlepas dari China," menurut Presiden Majlis EU dari Sweden dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat kumpulan bersepadu respons krisis politik (IPCR).
Menurut kenyataan itu, negara anggota juga sepakat mengesyorkan kepada semua penumpang dalam penerbangan ke dan dari China supaya memakai pelitup muka selain perlu mematuhi langkah-langkah kebersihan dan protokol kesihatan, lapor Agensi Anadolu.
Langkah-langkah yang diperkenal itu akan disemak semula oleh negara anggota menjelang pertengahan Januari.
China menyaksikan lonjakan jangkitan selepas melonggarkan dasar ketat "sifar COVID" pada bulan ini.
Beijing juga memutuskan untuk membatalkan kuarantin wajib lima hari ke atas semua ketibaan mulai 8 Jan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#keputusan ujian negatif
#pelancong
#EU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan