awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: FDA AS beri kelulusan penuh penggunaan vaksin Pfizer

Bernama
Bernama
24/08/2021
06:02 MYT
COVID-19: FDA AS beri kelulusan penuh penggunaan vaksin Pfizer
Sehingga Ahad, 51.5 peratus daripada jumlah penduduk AS telah lengkap divaksin. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin menggesa individu yang belum divaksinasi untuk segera mendapatkan suntikan di tengah-tengah penularan varian Delta.
Biden berkata demikian selepas Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) memberikan kelulusan penuh terhadap vaksin Pfizer, lapor Xinhua.
"Jadi, biar saya katakan dengan jelas: Sekiranya anda antara satu daripada berjuta-juta orang Amerika yang sebelum ini tidak mahu disuntik selagi tidak mendapat kelulusan penuh dari FDA, sekarang saat yang dinanti telah tiba.
"Inilah masanya untuk anda divaksinasi dan dapatkannya hari ini," kata Biden.
Sejak beberapa minggu lalu, pentadbiran Biden telah melancarkan keperluan vaksin dalam kalangan pekerja persekutuan, anggota tentera, kemudahan perubatan persekutuan dan pekerja rumah penjagaan.
Sehingga Ahad, 51.5 peratus daripada jumlah penduduk AS telah lengkap divaksin, menurut data CDC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Varian Delta
#vaksin
#COVID-19
#Pfizer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan