awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Indonesia semakin tenat, bekalan oksigen tidak mencukupi

Astro Awani
Astro Awani
08/07/2021
01:03 MYT
COVID-19: Indonesia semakin tenat, bekalan oksigen tidak mencukupi
Bekalan oksigen yang semakin berkurangan menyebabkan pesakit yang disahkan positif perlu dibawa pulang. - Foto REUTERS
JAKARTA: Indonesia kini sedang bergelut dengan penularan COVID-19 yang semakin meningkat.
Lebih memburukkan keadaan adalah bekalan oksigen yang tidak mencukupi.
Pada Rabu, 1,040 kes kematian baharu COVID-19 direkodkan, jumlah tertinggi yang direkodkan negara itu sejak bermulanya penularan pandemik.
Hospital-hospital di negara itu juga berada pada tahap kritikal dengan bekalan oksigen yang semakin berkurangan menyebabkan pesakit yang disahkan positif perlu dibawa pulang.
BACA: COVID-19 di Indonesia: Angka tertinggi dengan lebih 34,000 kes baharu, 1,040 meninggal dunia
Daripada jumlah 369 kematian yang direkodkan Sabtu lalu, 45 dilaporkan meninggal dunia di rumah.
Secara keseluruhannya, Indonesia dengan populasi keempat tertinggi di dunia melaporkan hampir 2.4 juta kes jangkitan dengan lebih 63,000 kematian.
Malah jumlah itu juga dilaporkan bukan jumlah sebenar memandangkan jumlah saringan yang kurang.
Hujung minggu lalu, 33 pesakit dengan keadaan tenat akibat COVID-19 meninggal dunia selepas bekalan cecair oksigen lambat tiba di sebuah hospital di Jogyakarta.
BACA: COVID-19: Hospital di Indonesia terputus bekalan oksigen, 33 kematian dilaporkan
Topic Berkaitan
#COVID-19
#bekalan oksigen
#kematian
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan