awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes jangkitan seluruh dunia cecah 73.25 juta

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2020
21:40 MYT
COVID-19: Kes jangkitan seluruh dunia cecah 73.25 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 16.63 juta kes jangkitan. -Reuters
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 73.25 juta berikutan ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Setakat pagi Rabu (16 Disember), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 16.63 juta kes jangkitan.
Ini diikuti India dengan 9.9 juta kes, manakala Brazil merekodkan 6.92 juta kes.
Negara yang melepasi angka dua juta kes ialah Rusia dan Perancis.
Manakala, jangkitan positif COVID-19 di United Kingdom, Turki, Itali, Sepanyol, Argentina, Jerman, Mexico, Poland dan Iran pula melepasi satu juta kes.
Sementara itu, Peru, Ukraine, Afrika Selatan, Belanda, Indonesia, Belgium, Czechia, Iraq, Chile dan Romania termasuk dalam negara yang merekodkan angka lebih setengah juta kes.
Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus adalah Bangladesh, Kanada, Filipina, Pakistan, Maghribi, Switzerland, Arab Saudi, Israel, Portugal, Austria dan Sweden.
Dalam pada itu, sebanyak 35 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,00 kes.
Kebanyakan negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.
Topic Berkaitan
#kes global
#COVID-19
#Amerika Syarikat
#kes positif
#koronavirus
#Johns Hopkins University
#Indonesia
#Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan