awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global 76.1 juta

Astro Awani
Astro Awani
20/12/2020
00:00 MYT
COVID-19: Kes positif global 76.1 juta
Seorang petugas perubatan mengambil sampel untuk ujian COVID-19 dari seorang lelaki di sebuah klinik di Seoul, Korea Selatan, 14 Dis, 2020. (Foto AP)
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia mencecah 76,126,165 setakat jam 7.30 pagi waktu Malaysia.
Ia berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 17,609,107 kes jangkitan.
Ini diikuti India dengan lebih 10 juta kes, manakala Brazil merekodkan 7 juta kes.
Negara yang melepasi angka dua juta kes ialah Rusia dan Perancis.
Jangkitan positif COVID-19 di United Kingdom, Turki, Itali, Sepanyol, Argentina, Colombia, Jerman, Mexico, Poland dan Iran pula melepasi satu juta kes.
Sementara itu, Peru, Ukraine, Afrika Selatan, Belanda, Indonesia, Belgium, Czechia, Iraq, Chile dan Romania termasuk dalam negara yang merekodkan angka lebih setengah juta kes.
Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus adalah Bangladesh, Kanada, Filipina, Pakistan, Maghribi, Switzerland ,Arab Saudi, Israel, Portugal, Austria dan Sweden.
Dalam pada itu, sebanyak 35 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,00 kes.
Kebanyakan negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.
Angka korban seluruh dunia melebihi 1.68 juta
BACA: COVID-19: Kes kematian hampir 1.7 juta
COVID-19: 350,000 individu telah terima dos pertama vaksin di UK
Topic Berkaitan
#kes global
#COVID-19
#Johns Hopkins University
#koronavirus
#Malaysia
#Amerika Syarikat
#India
#Mexico
#Brazil
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan