awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan 2026 Malaysia kepada 4.4 peratus
Lonjakan harga bahan api jet dijangka cetus penggabungan syarikat penerbangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 186.6 juta, korban 4.028 juta

Astro Awani
Astro Awani
11/07/2021
21:35 MYT
COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 186.6 juta, korban 4.028 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 186.6 juta. -Gambar fail/Reuters
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 186.6 juta.
Ini berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.85 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 30.8 juta kes dan Brazil dengan lebih 19 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Turki, Rusia dan United Kingdom.
Argentina, Colombia dan Itali pula mencatat kes melebihi 4 juta.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melepasi 2.5 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.47 juta.
Malaysia lebih 836,000 kes.
Manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 336,000 dan lebih 62,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.028 juta.
Ia berikutan ribuan kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 607,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 531,000 kes, India lebih 407,000 kes, Mexico lebih 234,000 kes.
Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 90,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 80,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 65,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 25,000 diikuti Malaysia.
Thailand dengan lebih 2,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Johns Hopkins University
#kes positif
#kes kematian
#Amerika Syarikat
#jumlah kematian
#angka korban
#Malaysia
#United Kingdom
#Indonesia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan