awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes tempatan di Hong Kong meningkat, sekolah rendah diarah tutup

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
20/11/2020
13:46 MYT
COVID-19: Kes tempatan di Hong Kong meningkat, sekolah rendah diarah tutup
Hong Kong menggantung sesi persekolahan sekolah rendah selepas bandar itu mencatatkan peningkatan kes COVID-19. - Gambar fail/REUTERS
HONG KONG menggantung sesi persekolahan sekolah rendah selepas bandar itu mencatatkan peningkatan kes COVID-19.
Menteri Kesihatan, Sophia Chan memaklumkan, kelas untuk pelajar tahun 1 hingga 3 akan ditangguhkan selama dua minggu bermula Isnin.
Beliau menggambarkan situasi di Hong Kong semakin teruk dengan 26 jangkitan baharu disahkan pada Jumaat dan 21 kes daripadanya merupakan kes tempatan.
Ia mewujudkan kembimbangan bandar bakal berdepan gelombang keempat penularan COVID-19.
Beliau juga memaklumkan, pihaknya mempertingkat langkah keselamatan bagi pengembara yang memasuki Hong Kong.
"Dalam tempoh seminggu ini, kami telah memperketat langkah keselamatan, termasuk pengendalian sempadan, tindakan, kuarantin, pengaturan hotel dan juga beberapa langkah penjarakan sosial," katanya.
Dalam pada itu Hong Kong dijangka melancarkan gelembung perjalanan udara (ATB), dengan Singapura pada Ahad.
Buat masa ini, perjanjian ATB antara Hong Kong dan Singapura masih berjalan untuk tempoh tujuh hari walaupun terdapat kemungkian ia ditangguhkan sekiranya angka jangkitan di kedua-dua negara melebihi lima kes.
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#COVID-19
#penjarakan sosial
#kesihatan
#Sophia Chan
#sekolah rendah
#Singapura
#gelembung perjalanan udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan