awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lima calon presiden Chile dikuarantin sebelum PRU

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2021
02:12 MYT
COVID-19: Lima calon presiden Chile dikuarantin sebelum PRU
Gabriel Boric kelihatan sedang mengenakan pelitup muka sebelum berucap di Santiago, Chile, 1 Nov, 2021. (Foto AP)
LIMA calon presiden Chile terpaksa menjalani kuarantin pada Khamis selepas menjadi kontak rapat dengan seorang lagi calon yang didapati positif COVID-19, hanya 16 hari sebelum pilihan raya umum (PRU) negara itu.
Jangkitan dipercayai akibat tiada penjarakan fizikal ketika berkempen, menyaksikan empat calon berhubung secara dekat dengan Gabriel Boric, calon dari pakatan Apruebo Dignidad, yang diuji positif sehari sebelumnya.
Susulan itu, empat calon tersebut mengambil bahagian dalam debat yang disiarkan stesen televisyen secara maya dari rumah masing-masing.
Mereka adalah Sebastián Sichel dari parti pemerintah Christian Democratic Party, Yasna Provoste dari parti sama, José Antonio Kast dari Republican Party dan Marco Henríquez Ominami dari Independent Regionalist Party.
Lima daripada mereka adalah antara tujuh calon presiden yang menyertai dua perbahasan awal minggu ini.
Serentak itu juga, semua calon telah menangguhkan aktiviti berkempen.
Boric akan dikuarantin selama 10 hari manakala yang lain perlu mengadakan kuarantin kendiri selama tujuh hari.
Bagaimanapun, memandangkan mereka telah melengkapkan jadual vaksinasi, mereka akan menjalani ujian saringan COVID-19 sekali lagi pada hujung minggu.
Jika keputusan negatif, kesemua calon akan dapat kembali berkempen kepada umum pada Isnin.
Topic Berkaitan
#calon presiden
#kes positif
#COVID-19
#pilihan raya umum Chile
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan