awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Mahkamah Agung AS tolak mandat vaksin Biden

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2022
00:37 MYT
COVID-19: Mahkamah Agung AS tolak mandat vaksin Biden
Pentadbiran Biden sebelum ini bertegas mahu kuatkuasa mandat vaksin untuk memerangi pandemik COVID-19. - Foto REUTERS
WASHINGTON DC: Mahkamah Agung Amerika Syarikat menolak perintah dikeluarkan pentadbiran Joe Biden, untuk mewajibkan pekerja di syarikat-syarikat besar divaksin dan jalani ujian berkala mingguan.
Keputusan itu dibuat kerana mandat vaksin berkenaan melampaui bidang kuasa pentadbiran Biden.
Mahkamah bagaimanapun memutuskan mandat vaksin terhad boleh terpakai ke atas kakitangan fasiliti penjagaan kesihatan yang dibiayai kerajaan.
Pentadbiran Biden sebelum ini bertegas mahu kuatkuasa mandat vaksin untuk memerangi pandemik COVID-19.
Sementara itu, Presiden Biden kecewa dengan keputusan mahkamah, yang disifatkan menolak keperluan untuk menyelamatkan nyawa, berdasarkan dapatan kajian sains.
Beliau bagaimanapun akan tetap menggunakan suaranya untuk memperkasa kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai kepentingan vaksin.
Biden juga mendesak pemimpin di syarikat besar untuk menurut langkah mewajibkan vaksin dalam kalangan pekerja.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Joe Biden
#Mahkamah Agung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan