awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Perintah berkurung dikuatkuasakan semula di Victoria

Agensi
Agensi
30/06/2020
09:45 MYT
COVID-19: Perintah berkurung dikuatkuasakan semula di Victoria
Setakat ini, wilayah tersebut merekodkan peningkatan mendadak dengan 64 kes baharu direkodkan pada Selasa. - Foto REUTERS
Pihak berkuasa wilayah Victoria di Australia mengumumkan pelaksanaan semula perintah berkurung di beberapa kawasan di pinggi bandar Melbourne bagi mengekang penularan COVID-19 yang kian meningkatkan di wilayah tersebut.
Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews memaklumkan, perintah tersebut akan bermula pada Rabu malam waktu tempatan sehingga 29 Julai 2020.
"Ketua Pengarah Kesihatan (Brett Sutton) menasihatkan agar kami melaksanakan semula perintah berkurung pada tahap 3. Ini bermakna penduduk tempatan perlu patuh duduk di rumah dan hanya empat syarat untuk keluar rumah.
"Perintah ini akan berkuatkuasa daripada 11.59 (Rabu malam) selama empat minggu sehingga 29 Julai ini. Hanya empat alasan dibenarkan untuk orang ramai keluar dan jika terpaksa sahaja," katanya dalam satu sidang media pada Selasa.
Empat kebenaran tersebut termasuk pergi ke sekolah, untuk mendapatkan rawatan, untuk bersenam dan untuk mendapatkan bekalan keperluan harian.
Setakat ini, wilayah tersebut merekodkan peningkatan mendadak dengan 64 kes baharu direkodkan pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Australia
#COVID-19
#kes positif
#Melbourne
#perintah berkurung
#Victoria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan