awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rakyat UK diharap patuh SOP, kurangkan jumlah jangkitan - Patel

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2021
22:00 MYT
COVID-19: Rakyat UK diharap patuh SOP, kurangkan jumlah jangkitan - Patel
Patel memaklumkan larangan semasa yang dikuat kuasakan ketika ini cukup ketat. - REUTERS/Henry Nicholls
LONDON:Setiausaha Dalam Negeri Britain, Priti Patel menegaskan bahawa saranan kerajaan untuk duduk di rumah juga bermakna tidak meninggalkan kawasan masing-masing.
England kini dalam fasa ketiga sekatan ketika negara itu berdepan tekanan untuk menghentikan peningkatan drastikan penularan COVID-19.
Bercakap pada sidang harian COVID-19 di Downing Street, Patel memaklumkan larangan semasa yang dikuat kuasakan ketika ini cukup ketat.
“Peraturan yang dikuat kuasakan sudah cukup ketat. Anda juga sudah dimaklumkan bahawa 45,000 penalti sudah dikeluarkan. Ini adalah susulan peningkatan kes yang drastik sejak bermulanya pandemik ini, jadi ia amat sukar.
“Pesanannya adalah jelas. Kami menyeru semua masyarakat untuk terus patuh kepada peraturan. Lebih ramai yang ikut arahan, lebih cepat kita dapat menurunkan jumlah jangkitan,” tegasnya,
Patel pada masa sama berterima kasih kepada peniaga pasaraya yang mengetatkan SOP dengan mewajibkan pemakaian pelitup muka sebelum memasuki kedai.
Untuk rekod, United Kingdom merekodkan 1,243 kes kematian pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu adalah 83,203 kes.
Topic Berkaitan
#SOP
#Britain
#peniaga
#COVID-19
#pelitup muka
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan