awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 'Robocop' ambil alih tugas anggota polis, pantau pematuhan perintah berkurung

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
04/04/2020
03:47 MYT
COVID-19: 'Robocop' ambil alih tugas anggota polis, pantau pematuhan perintah berkurung
Dikenali sebagai PGuard, 'Robocop' ini dikendalikan dari jarak jauh dan dilengkapi dengan kamera inframerah serta haba termasuk sistem penggera bunyi dan cahaya. -Facebook @EnovaRobotics
Ketika dunia berdepan krisis penularan COVID-19, pelbagai langkah dilakukan dalam usaha membendung penyebaran jangkitan virus pembunuh itu.
Selain mengerahkan pihak berkuasa untuk melakukan pemantauan dan memastikan pematuhan, ada negara yang melakukannya dengan cara yang berbeza.
Di Tunisia, khususnya, robot polis dikerah untuk mengawal jalan raya di ibu kota Tunis.
Dikenali sebagai PGuard, "Robocop" yang dilengkapi kamera inframerah serta haba termasuk sistem penggera bunyi dan cahaya ini dikendalikan dari jarak jauh.
Dalam beberapa rakaman yang dimuat naik pada akaun Facebook Kementerian Dalam Negeri, robot itu dilihat memberi amaran kepada individu yang ingkar perintah berkurung.
"Apa kamu cuba buat? Tunjuk kad pengenalan. Kamu tidak tahu ada perintah berkurung?"
Pencipta robot, Anis Sahbani berkata mesin itu sudah mula dihasilkan pada tahun 2015 untuk menjalankan rondaan keselamatan.
Ia juga beroperasi secara kendiri menggunakan kecerdasan buatan (AI).
Robot yang dibina oleh Enova Robotics Sahbani dengan kos AS$100,000 hingga AS$140,000 itu telah dijual kepada syarikat luar negara.
Pada masa sama, syarikat berkenaan kini merancang untuk menggunakan robot tersebut di Hospital Tunis bagi membantu pesakit COVID-19 berkomunikasi dengan keluarga mereka.
Tunisia telah menjalankan perintah kawalan pergerakan bermula 17 Mac lalu dan pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung bermula 22 Mac.
Negara itu mencatatkan 495 kes positif COVID-19 dengan 18 kematian setakat ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ingkar
#Kementerian Dalam Negeri
#koronavirus
#perintah berkurung
#perintah kawalan pergerakan
#PGuard
#PKP
#robocop
#Tunisia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan