awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
Permintaan minyak global dijangka menurun pada 2026 - IEA
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rusia rekod angka kematian tertinggi

Astro Awani
Astro Awani
02/10/2021
00:41 MYT
COVID-19: Rusia rekod angka kematian tertinggi
Sehari sebelum itu, Rusia merekodkan 867 kematian. - Gambar hiasan
MOSCOW : Kematian akibat virus COVID-19 di Rusia mencapai tahap tertinggi pada Jumaat untuk hari keempat berturut-turut.
Manakala kes baharu yang disahkan terus mencatatkan peningkatan di negara itu.
Pasukan Petugas Koronavirus Rusia melaporkan 887 kematian direkodkan, jumlah harian tertinggi negara sejak pandemik itu bermula.
Sehari sebelum itu, Rusia merekodkan 867 kematian.
Pasukan petugas itu juga melaporkan 24,522 kes baharu yang disahkan, jumlah harian tertinggi sejak akhir Julai.
Kerajaan Rusia setakat ini tidak mempunyai pelan untuk melaksanakan perintah berkurung untuk membendung virus berkenaan.
Di Moscow, ujian saringan pantas dan PCR kini dilaksanakan kepada semua penduduk yang mengalami gejala selesema.
Manakala di wilayah Pskov, sekolah ditutup dan pembelajaran dijalankan secara dalam talian.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes kematian
#Rusia
#tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan