awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tiada keperluan untuk mengenakan sekatan - PM Thailand

Agensi
Agensi
24/12/2020
13:07 MYT
COVID-19: Tiada keperluan untuk mengenakan sekatan - PM Thailand
Prayuth Chan-ocha memaklumkan perkara itu dalam sidang media selepas mempengerusikan jawatankuasa khas COVID-19 dalam membendung penularan itu. - Foto Reuters
BANGKOK:Perdana Menteri Thailand memaklumkan tiada keperluan untuk mengenakan sekatan di negara itu, walaupun peningkatan kes positif COVID-19 secara drastik direkodkan daripada pasar makanan laut berdekatan Bangkok yang menular sehingga hampir 30 wilayah.
Sebaliknya, pihak berkuasa kesihatan mengumumkan strategi dalam menangani penularan virus itu dengan mengenakan sekatan di wilayah-wilayah tertentu.
Prayuth Chan-ocha memaklumkan perkara itu dalam sidang media selepas mempengerusikan jawatankuasa khas COVID-19 dalam membendung penularan itu.
"Saya memberi jaminan kerajaan akan melakukan yang terbaik. Kementerian Kesihatan mengesahkan dan sudah memaklumkan kepada saya bahawa ia dapat dikawal dengan baik jika semua pihak beri kerjasama penuh," jelasnya.
Peningkatan drastik itu bermula daripada pekerja migran warga Myanmar yang bekerja di salah sebuah pasar makanan laut di wilayah Samut Sakhon.
Susulan itu, kerajaan mengerahkan tenaga kerja untuk menjalankan ribuan ujian swab dan mengesan kontak rapat.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#COVID-19
#kes positif
#Bangkok
#Thailand
#Kementerian Kesihatan
#Prayuth Chan-ocha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan