awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: UK sahkan 3,201 lagi kes varian Omicron

Agensi
Agensi
18/12/2021
12:26 MYT
COVID-19: UK sahkan 3,201 lagi kes varian Omicron
Dalam pada itu, sebanyak 93,045 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus memecah rekod kes tertinggi untuk tiga hari berturut-turut. - Gambar fail
LONDON: Sejumlah 3,201 kes varian Omicron telah dikesan di United Kingdom, menjadikan jumlah Varian Membimbangkan (VOC) di negara itu meningkat kepada 14,909 kes.
Dalam pada itu, sebanyak 93,045 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus memecah rekod kes tertinggi untuk tiga hari berturut-turut.
Pertambahan kes itu menaikkan jumlah kumulatif kes positif di negara itu kepada 11,190,354 kes setakat Jumaat.
Jumlah kematian akibat COVID-19 di negara itu juga bertambah kepada 147,048 kes selepas 111 lagi individu dilaporkan meninggal dunia.
Perdana Menteri Boris Johnson menegaskan, varian Omicron menjadi ancaman serius dan beliau menjangkakan satu gelombang lebih serius bakal berlaku.
Setakat ini, lebih 81 peratus golongan berusia 12 tahun ke atas telah menerima suntikan lengkap dan lebih 44 peratus telah mendapat sunitkan dos penggalak.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#Boris Johnson
#United Kingdom
#varian omicron
#VOC
#booster
#dos penggalak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan