awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Varian Omicron terbukti sebabkan simptom ringan

Astro Awani
Astro Awani
05/01/2022
00:29 MYT
COVID-19: Varian Omicron terbukti sebabkan simptom ringan
Banyak bukti dan kajian menunjukkan varian Omicron hanya menjejaskan bahagian atas badan.
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dedahkan ada bukti menunjukkan varian Omicron COVID-19 hanya menyebabkan simpton ringan.
Varian itu hanya mengganggu sistem respiratori di permukaan.
Jelas Pengurus Insiden WHO, Abdi Mahamud, banyak bukti dan kajian menunjukkan varian Omicron hanya menjejaskan bahagian atas badan.
Ini berbeza dengan varian sebelum ini yang akan menjejaskan paru-paru hingga menyebabkan pneumonia.
Walaupun pendedahan ini boleh dianggap sesuatu yang positif, masih banyak kajian perlu dijalankan untuk membuktikannya.
Varian Omicron kini merebak ke 128 negara, sejak ia mula dikesan November lalu.
Walaupun kes jangkitan catat rekod tinggi, kadar kemasukan ke hospital dan kematian adalah lebih rendah berbanding fasa pandemik sebelum ini.
Bagaimanapun beliau memberi amaran, kadar penularan tinggi bermakna varian Omicron bakal jadi dominan dalam tempoh beberapa minggu lagi di banyak negara.
Ia juga mengancam sistem kesihatan di negara yang rekod kadar vaksinasi rendah dalam kalangan populasinya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Omicron
#WHO
#pneumonia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan