awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Warga Britain lengkap dua dos tidak perlu kuarantin

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2021
00:22 MYT
COVID-19: Warga Britain lengkap dua dos tidak perlu kuarantin
Shapps mendakwa, tempoh kuarantin sedikit sebanyak menghalang proses pemulihan negara. - Gambar fail REUTERS
WARGA Britain yang sudah melengkapkan dos vaksinasi COVID-19 tidak lagi perlu dikuarantin sekembalinya ke tanah air bermula 19 Julai ini.
Kelonggaran itu diberikan kepada individu dari senarai negara berisiko sederhana.
Dengan pengumuman dibuat Menteri Pengangkutan Grant Shapps itu, ia bakal memberi sinar baharu buat syarikat penerbangan dan industri pelancongan yang berdepan detik sukar selama 15 bulan yang lalu.
Di Britain, 65 peratus golongan dewasa sudah divaksinasi sepenuhnya.
Dakwa Shapps juga, tempoh kuarantin itu sedikit sebanyak menghalang proses pemulihan negara.
Sebelum ini, mereka yang pulang dari destinasi utama seperti Sepanyol, Perancis, Amerika Syarikat dan Itali wajib dikuarantin selama 10 hari.
Namun Shapps mendakwa, sekali pun tidak dikuarantin, mereka perlu untuk menjalankan ujian saringan calitan sebelum tiba di rumah dan ujian kedua dalam tempoh dua hari selepasnya.
Beberapa syarikat penerbangan termasuk British Airways, EasyJets dan RyanAir sebelum ini turut meminta agar perintah kuarantin ini tidak dilaksanakan.
Susulan kelonggaran ini, tempahan untuk industri pelancongan dijangka melambung tinggi menjelang musim cuti pada Julai dan Ogos.
Topic Berkaitan
#ujian saringan
#vaksin
#pelancongan
#Britain
#COVID-19
#kuarantin
#pemulihan
#Amerika Syarikat
#penerbangan
#Grant Shapps
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan