awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin

Bernama
Bernama
19/11/2024
07:10 MYT
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Morgan mengaku bersalah atas tuduhan pengubahan wang haram dan bersubahat untuk menipu kerajaan Amerika Syarikat, dengan masing-masing membawa hukuman penjara maksimum lima tahun. - Gambar/ X @solidintel_x
NEW YORK: Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin kerana membantu suaminya mencuci (melabur dan menyembunyikan) sebahagian daripada 120,000 bitcoin yang dicuri daripada bursa mata wang kripto Bitfinex pada 2016.
Bitcoin yang dicuri itu kini bernilai berbilion dolar dan dikaitkan dengan satu daripada kecurian mata wang kripto terbesar dalam sejarah, lapor Xinhua.
Suaminya, Ilya "Dutch" Lichtenstein, dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada Khamis selepas mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat mencuci wang, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Morgan mengaku bersalah atas tuduhan pengubahan wang haram dan bersubahat untuk menipu kerajaan Amerika Syarikat, dengan masing-masing membawa hukuman penjara maksimum lima tahun.
"Walaupun Lichtenstein berkata dia bertanggungjawab sepenuhnya atas kecurian itu, kes berkenaan mendapat perhatian luar biasa disebabkan latar belakang Morgan yang berbeza dan unik," lapor The Washington Post mengenai kes itu.
Morgan dikenali secara dalam talian dengan dua identiti berbeza: pertama, sebagai seorang usahawan profesional yang menjalankan sebuah syarikat pemasaran e-mel dan kedua, sebagai seorang rapper yang muziknya digambarkan sebagai "komedi seram dengan tarikan pelik."
Peguam Morgan menyatakan bahawa persona hiburannya dicipta untuk menghadapi masa-masa sukar dalam hidupnya.
Media yang menggambarkannya dengan negatif telah merosakkan reputasinya, menyebabkannya menerima pelbagai mesej kebencian dan membuatkan dia kelihatan seperti pemain utama dalam skim itu, walaupun dia hanya mengetahui tentang kecurian itu selepas ia berlaku dan menjadi rakan sejenayah hanya untuk melindungi suaminya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Crocodile of Wall Street
#Heather Rhiannon Morgan
#skandal bitcoin
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan