awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca di Siberia jatuh -58 darjah Celsius

Agensi
Agensi
06/12/2023
03:00 MYT
Cuaca di Siberia jatuh -58 darjah Celsius
Cuaca Artik menyelubungi Rusia dengan suhu di hutan Siberia jatuh kepada -58 darjah Celsius, pada Selasa. - Gambar REUTERS
YAKUTSK, RUSIA: Cuaca Artik menyelubungi Rusia dengan suhu di hutan Siberia jatuh kepada -58 darjah Celsius, pada Selasa.
Yakutsk, salah satu bandar paling sejuk di dunia yang terletak kira-kira 5,000 kilometer (km) timur Moscow, diselubungi awan beku dan kabus.
Suhu di bahagian Republik Sakha yang terletak di bahagian timur laut Siberia, berada di bawah -55 darjah celcius dalam sekelip mata.
Di Oymyakon, sebuah penempatan di Sakha, suhu adalah -58 darjah celcius pada Selasa.
Peramal cuaca berkata, keadaan akan berasa seperti -63 darjah celcius memandangkan kelembapan dan angin.
Di pasar di Yakutsk, ikan dijual dalam keadaan beku, dibungkus dalam berpuluh-puluh kotak di pasar dan tiada peti sejuk diperlukan.
Seorang penduduk yang ditemui, Pyotr berkata, cuaca sangat sejuk namun anda hanya perlu mempunyai pakaian berkualiti yang betul dan semuanya akan baik-baik sahaja.
"Paling penting ialah terus melakukan pergerakan supaya darah anda tidak beku," ujarnya.
Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Danila berkata, dia datang ke Yakutsk untuk merasai cuaca sejuk ekstrem itu.
"Saya sangat bertuah dapat merasainya kerena bulan Disember selalunya sukar untuk keadaan begini.
"Saya sebenarnya tidak berasa begitu sejuk kerana telah membuat persediaan yang sebaiknya, tetapi jika saya tidak mempunyai sebarang pakaian sekarang, saya sudah tentu beku dalam hanya beberapa minit," katanya. - Agensi
Topic Berkaitan
#Siberia
#cuaca sejuk ekstrem
#hutan Siberia
#Republik Sakha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan