awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cucu bekas Presiden AS Kennedy, Schlossberg meninggal dunia pada usia 35 tahun

Bernama
Bernama
31/12/2025
12:38 MYT
Cucu bekas Presiden AS Kennedy, Schlossberg meninggal dunia pada usia 35 tahun
Dalam sebuah esei yang diterbitkan oleh The New Yorker pada November lalu, Schlossberg menulis mengenai perjuangannya melawan kanser darah. - AP
NEW YORK: Tatiana Schlossberg, cucu kepada bekas Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy meninggal dunia pada usia 35 tahun, menurut Yayasan Perpustakaan JFK pada Selasa.
"Tatiana yang menjadi kesayangan kami, menghembuskan nafas terakhir pagi ini. Dia akan sentiasa berada di hati kami," menurut yayasan itu dalam satu hantaran di media sosial, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dalam sebuah esei yang diterbitkan oleh The New Yorker pada November lalu, Schlossberg menulis mengenai perjuangannya melawan kanser darah. Tidak lama selepas melahirkan anak perempuannya, beliau disahkan menghidap leukemia.
Dalam esei itu juga, beliau mengkritik sepupunya, Setiausaha Kesihatan AS Robert F. Kennedy Jr, kerana mengurangkan dana penyelidikan vaksin secara drastik.
"Bobby dikenali sebagai seorang yang skeptikal terhadap vaksin," kata Schlossberg, sambil menyatakan yang sepupunya itu "memegang jawatan itu sekalipun tidak pernah bekerja dalam bidang perubatan, kesihatan awam atau kerajaan."
"Sewaktu saya menghabiskan semakin banyak masa hidup saya di bawah penjagaan doktor, jururawat dan penyelidik yang berusaha memperbaiki kehidupan orang lain, saya menyaksikan Bobby memotong hampir setengah bilion dolar dana penyelidikan vaksin mRNA, teknologi yang boleh digunakan untuk melawan beberapa jenis kanser," menurut catatannya.
Ibu Schlossberg ialah Caroline Kennedy, anak kepada John F. Kennedy dan Jacqueline Kennedy Onassis. Caroline Kennedy mempunyai tiga orang anak bersama suaminya, Edwin Schlossberg, iaitu Tatiana, Rose dan John.
Schlossberg bekerja sebagai wartawan yang membuat liputan mengenai perubahan iklim dan alam sekitar. Selain The New York Times, tulisannya turut diterbitkan dalam The Washington Post, The Atlantic, Vanity Fair dan beberapa lagi media berprofil tinggi.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Tatiana Schlossberg
#cucu john f kennedy
#meninggal dunia
#kanser darah
#leukemia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan