awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cucu maut ditinggal nenek lebih sembilan jam dalam kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
14/09/2023
10:35 MYT
Cucu maut ditinggal nenek lebih sembilan jam dalam kereta
Kanak-kanak lelaki malang itu dipercayai meninggal dunia akibat strok haba. -Gambar hiasan
OKAYAMA: Polis di Tsuyama, Wilayah Okayama telah menahan seorang wanita berusia 53 tahun kerana disyaki cuai hingga menyebabkan kematian cucunya berusia dua tahun dalam kereta selama sembilan jam setengah.
Kanak-kanak lelaki malang itu dipercayai meninggal dunia akibat strok haba.
Menurut polis, suspek, Setsuko Shibata meninggalkan cucunya dikenali Haruto Mese di tempat duduk kanak-kanak di belakang keretanya di sebuah hospital.
Shibata bekerja di hospital sebagai pembantu penjaga.
Polis berkata, Shibata memberitahu mereka dia terlupa bahawa Haruto ditinggalkan dalam kereta dan apabila kembali ke situ selepas kerja, cucunya didapati tidak sedarkan diri.
Dia kemudian membawa cucunya masuk hospital sama dan disahkan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba.
Polis menambah, pihaknya sedang melakukan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematiannya.
Polis berkata, budak lelaki itu berada dalam kereta dari jam 8.15 pagi (waktu tempatan) hingga 5.40 petang.
Agensi cuaca tempatan berkata suhu luar di kawasan itu pada hari Sabtu mencecah paras tertinggi 31.7 darjah Celsius tetapi ia mungkin lebih daripada 40 darjah Celsius. -Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#strok haba
#Setsuko Shibata
#Haruto Mese
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan