awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cucu Robert De Niro, Leandro ditemukan tidak bernyawa

Agensi
Agensi
03/07/2023
14:48 MYT
Cucu Robert De Niro, Leandro ditemukan tidak bernyawa
Jasad Leandro De Niro Rodriguez, 19 tahun ditemukan dalam keadaan duduk di sebuah kerusi dan tidak bernyawa. - Foto FB
KUALA LUMPUR : Cucu kepada pelakon veteran Robert De Niro meninggal dunia di apartmennya di New York pada Ahad.
Jasad Leandro De Niro Rodriguez, 19 tahun ditemukan dalam keadaan duduk di sebuah kerusi dan tidak bernyawa.
Pihak berkuasa yang mengesahkan kematian Rodriguez turut memaklumkan bahawa tiada sebarang tanda jelas yang membawa kepada kematiannya setakat ini.
Jasad Rodriguez ditemui selepas rakannya curiga tidak mendengar khabar berita daripada cucu pelakon Hollywood itu sebelum mengambil keputusan untuk menjengah ke kediamannya.
Khabar duka itu turut dikongsi oleh ibunya, Drena De Niro menerusi laman sosial Instagram.
"Anakku, ibu mencintaimu melampaui kata-kata sejak merasakan kehadiranmu dalam kandunganku.
"Engkau telah menjadi kegembiraanku, hatiku, dan segala yang nyata dalam hidupku. Saya ingin berada bersamamu sekarang.
"Saya tidak tahu bagaimana hidup tanpamu, tetapi saya akan mencuba melanjutkan dan menyebarkan cinta dan cahaya yang engkau berikan padaku sebagai ibumu. Beristirahatlah dalam damai dan syurga sayangku yang tercinta," luahnya.
Mendiang Leandro sebelum ini pernah muncul dalam filem 'A Star is Born' dan Çabaret Maxime'pada 2018.
Ibunya, Drena diambil sebagai anak angkat oleh Robert De Niro pada 1976 selepas berkahwin dengan pasangan Diahnne Abbott.
Suaminya pula, pelakon Carlos Rodriguez.
Topic Berkaitan
#Robert De Niro
#Leandro De Niro Rodriguez
#pelakon
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan