awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan hina Islam: Polis sedia kawal Jakarta susulan keputusan kes Ahok

Agensi
Agensi
09/05/2017
03:11 MYT
Dakwaan hina Islam: Polis sedia kawal Jakarta susulan keputusan kes Ahok
Polis bersiap sedia di sekitar bandar raya Jakarta untuk memastikan kemananan. - Reuters
Mahkamah Indonesia hari ini mendapati Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok bersalah atas dakwaan menghina Islam, dalam sebuah perbicaraan yang dilihat sebagai ujian toleransi agama di republik dengan populasi Islam terbesar dunia itu.
"Ahok didapati bersalah kerana melakukan kesalahan menghina, dan kerana itu kami menetapkan hukuman penjara dua tahun," ujar ketua hakim Dwiarso Budi Santiarto.
Pemerintah negara itu sebelum ini kerap dikritik kerana tidak melakukan yang sewajarnya untuk melindungi agama minoriti namun Presiden Joko Widodo, yang merupakan penyokong Ahok, telah meminta semua pihak menghormati proses perundangan.
Sumber rasmi berkata, ribuan anggota polis kini ditempatkan di sekitar bandar raya tersebut untuk mengawal keselamatan sekiranya berlaku sebarang ketegangan antara penyokong Ahok dan kumpulan Islamis yang sangat berharap agar Ahok dihukum atas dakwaan itu.
“Kedua-dua kumpulan akan mendapat peluang untuk melakukan tunjuk perasaan, namun kami bertanggungjawab untuk memastikan tiada pertembungan,” ujar jurucakap Polis Indonesia, Setyo Wasisto.
Ahok telah kecundang dalam pusingan kedua pemilihan Gabenor Jakarta April lalu, kepada pesaingnya yang beragama Islam, Anies Baswedan.
Dia akan menyerahkan tugas penting sebagai orang nombor satu Jakarta itu kepada Anies pada Oktober nanti.
“Kami harap hukuman yang dikenakan terhadapnya lebih berat,” ujar Novel Bamukmin, iaitu jurucakap kumpulan Islam konservatif Front Pembela Islam (FPI).
Ahok telah menafikan dirinya membuat kesalahan, namun telah mengemukakan permohonan maaf atas kenyataannya pada tahun lalu yang mengkritik pesaing politiknya yang menggunakan al-Quran dalam kempen.
Topic Berkaitan
#ahok
#basuki tjahaja purnama
#Islam
#Jakarta
#Joko Widodo
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan