awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dapat diskaun besar, India borong batu arang Rusia

Agensi
Agensi
20/06/2022
05:33 MYT
Dapat diskaun besar, India borong batu arang Rusia
New Delhi mempertahankan perdagangannya dengan Rusia dengan alasan ia usaha mempelbagaikan bekalan. - Reuters
NEW DELHI: Pembelian batu arang Rusia oleh India melonjak dalam minggu-minggu kebelakangan ini meskipun Moscow sedang berdepan sekatan global.
Perkembangan itu susulan pedagang Rusia menawarkan diskaun setinggi 30 peratus, lapor Reuters.
Rusia yang berdepan sekatan blok Barat susulan peperangan dengan Ukraine, pada April lalu memberi amaran kepada Kesatuan Eropah berhubung sekatan yang dikenakan ke atas perdagangan batu arang, dengan menyatakan langkah itu hanya akan menyebabkan bahan api itu disalurkan ke pasaran lain.
Setakat ini, India, yang memiliki pertalian politik dan keselamatan dengan Rusia, tidak mengecam Moscow dalam isu berkaitan Ukraine namun hanya menyeru supaya keganasan dalam peperangan itu ditamatkan.
New Delhi mempertahankan perdagangannya dengan Rusia dengan alasan ia usaha mempelbagaikan bekalan, selain menyatakan sebarang sekatan hanya akan melonjakkan harga dan memangsakan konsumer di negaranya.
Menurut data kerajaan, pembelian batu arang dan produk lain dari Rusia telah meningkat enam kali ganda dalam tempoh 20 hari lalu dengan nilai AS$331.17 juta.
Topic Berkaitan
#Batu Arang
#India
#Rusia
#sekatan ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan