awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Darurat di Indonesia dilanjut sehingga 25 Julai - Jokowi

Astro Awani
Astro Awani
20/07/2021
15:17 MYT
Darurat di Indonesia dilanjut sehingga 25 Julai - Jokowi
Jokowi turut mengumumkan, sektor ekonomi akan dibuka secara berperingkat bermula 26 Julai jika trend kes harian COVID-19 menunjukkan penurunan. - Gambar fail/ YouTube @Sekretariat Presiden
PRESIDEN Indonesia Joko Widodo hari ini secara rasmi mengumumkan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Darurat atau 'lockdown' di republik itu dilanjutkan sehingga 25 Julai.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi berkata, lanjutan berkenan terpaksa dilakukan untuk menurunkan angka penularan COVID-19.
“Namun kita selalu memantau, memahami dinamika di lapangan dan mendengar suara-suara masyarakat terjejas dengan PPKM,” katanya pada perutusan secara langsung di laman Instagram rasminya, pada Selasa.
View this post on Instagram
A post shared by Joko Widodo (@jokowi)
Pada 1 Julai lalu, beliau mengumumkan pelaksanaan darurat itu dalam usaha membendung penularan COVID-19 di Jawa dan Bali, bermula 3 hingga 20 Julai.
Jokowi dalam pada itu turut mengumumkan, sektor ekonomi akan dibuka secara berperingkat bermula 26 Julai jika trend bilangan kes harian COVID-19 menunjukkan penurunan.
“Jika trend kes terus mengalami penurunan, maka pada 26 Julai 2021, pemerintah akan melakukan pembukaan bertahap,” tambahnya.
Pada Isnin, Indonesia mencatatkan 1,338 kes kematian harian akibat COVID-19, jumlah tertinggi direkodkan setakat ini walaupun angka kes baharu berkurang kepada 34,257.
Indonesia meneruskan dengan langkah-langkah tegas untuk mengekang pandemik itu dengan mengenakan larangan solat sunat berjemaah Aidiladha di Pulau Jawa dan Bali.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#darurat
#Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat
#PPKM
#lockdown
#dilanjut
#Jokowi
#Joko Widodo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan