awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
Artemis II pecah rekod Apollo 13 sebagai misi manusia paling jauh dari Bumi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Bandar di Mexico dibunuh beberapa hari selepas memegang jawatan

Bernama
Bernama
07/10/2024
20:20 MYT
Datuk Bandar di Mexico dibunuh beberapa hari selepas memegang jawatan
Berikutan pembunuhan Arcos, Parti Revolusi Institusi (PRI) mengecam jenayah itu sebagai "pengecut" dan menuntut keadilan. - Foto REUTERS
MEXICO CITY: Alejandro Arcos, datuk bandar Chilpancingo di negeri Guerrero, selatan Mexico, dibunuh pada Ahad, hanya enam hari selepas memegang jawatan, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
"Pemergiannya telah menyebabkan seluruh masyarakat Guerrero berkabung dan membangkitkan kemarahan yang membara," tulis gabenor negeri Guerrero Evelyn Salgado di media sosial X.
Arcos telah dipilih pada Jun sebagai wakil gabungan pembangkang yang termasuk Parti Revolusi Institusi (PRI). Berikutan pembunuhannya, PRI mengecam jenayah itu sebagai "pengecut" dan menuntut keadilan.
Menurut Presiden PRI Alejandro Moreno, pembunuhan Arcos berlaku tiga hari selepas pembunuhan Francisco Tapia, setiausaha majlis bandar Chilpancingo.
Pejabat peguam negara berkata ia telah membuka siasatan ke atas pembunuhan Arcos.
Guerrero, antara negeri termiskin di Mexico, mengalami keganasan bertahun-tahun berkaitan perebutan kawasan antara kartel yang berjuang untuk mengawal pengeluaran dan pengedaran dadah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alejandro Arcos
#Mexico
#datuk bandar dibunuh
#Chilpancingo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan