awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demi cinta, lelaki sanggup larikan lori Pepsi!

Astro Awani
Astro Awani
22/02/2019
04:13 MYT
Demi cinta, lelaki sanggup larikan lori Pepsi!
Gara-gara ingin bertemu kekasih, seorang pemuda nekad mencuri lori Pepsi. - Gambar fail
Demi cinta yang mendalam, seorang pemuda sanggup mencuri lori Pepsi semata-mata untuk berjumpa kekasihnya di lapangan terbang.
Sebelum kejadian berlaku, lelaki dari Oklahoma, Amerika Syarikat itu dipercayai sedang mengalami masalah dengan teman wanitanya dan cuba memujuknya.
Bagi memujuk wanita tersebut, lelaki itu bertindak mencuri lori Pepsi ketika pemandu itu sedang memunggah minuman berkarbonat di bahagian belakang lori.
Ekoran kejadian itu, banyak tin minuman berkarbonat dijumpai berselerak di atas jalan raya.
Polis tempatan melaporkan lelaki tersebut berjaya ditahan dalam kesesakan lalu lintas. Tiada sebarang kecederaan berlaku dalam dalam insiden itu.
Pemuda itu akan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mencuri dan cubaan melarikan diri.
Topic Berkaitan
#Kekasih
#lapangan terbang
#Lori
#Oklahoma
#pepsi
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan