awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demi cinta, sanggup curi peti sejuk nak bayar ansuran motor kekasih

Gempak
Gempak
14/07/2023
07:15 MYT
Demi cinta, sanggup curi peti sejuk nak bayar ansuran motor kekasih
Identiti suspek dikesan kerana kejadian berkenaan dirakam oleh CCTV. - Agensi/Gempak
SEORANG lelaki di Langsa, Aceh, ditahan polis kerana dipercayai mencuri peti sejuk dan mesin basuh di sebuah rumah, gara-gara mahu membantu membayar duit ansuran kekasihnya.
Menurut Ketua Polis Daerah Langsa Timur, Iptu Aulia Budiman, kejadian berlaku di sebuah rumah di Desa Meurandeh Tengoh, Kecamatan Langsa Lama, Kota Langsa pada Sabtu lalu.
“Suspek mengaku mencuri kerana memerlukan wang untuk membayar balik ansuran motor kekasihnya,” kata Aulia.
Difahamkan, suspek memasuki rumah tersebut ketika penghuninya melawat suaminya yang berada di hospital.
Menurut Aulia lagi, suspek dan mangsa tinggal di kampung yang sama. Keluarga mangsa juga maklum kejadian kecurian itu selepas melihat peti sejuk dan mesin basuh di rumah berkenaan hilang.
Mangsa kemudian membuat laporan ke Polsek Langsa Timur dan suspek ditangkap di rumahnya pada petang Isnin. Identiti suspek dikesan kerana kejadian berkenaan dirakam oleh CCTV.
“Pendedahan kes kecurian mengambil masa tidak sampai lapan jam dari tarikh kes dilaporkan,” jelas Aulia lagi.
Suspek dan bukti kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Langsa Timur. Polis didakwa dengan Perkara 363 Kanun Jenayah berhubung kecurian.
Sumber: DetikSumut
Artikel disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#demi cinta
#ansuran motor kekasih
#Aceh
#curi peti sejuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan