awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS desak TikTok jual kepentingan atau diharamkan

Bernama
Bernama
16/03/2023
06:43 MYT
AS desak TikTok jual kepentingan atau diharamkan
Menurut laporan yang memetik eksekutif Tik Tok, 60 peratus saham syarikat induk TikTok ByteDance dimiliki oleh pelabur global, 20 peratus (pekerja) dan 20 peratus (pengasasnya). - Gambar/ AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menuntut pemilik TikTok dari China supaya menjual kepentingan mereka dalam aplikasi perkongsian video popular itu atau berhadapan risiko medium itu diharamkan di AS, lapor sebuah media tempatan pada Rabu.
Tuntutan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing Amerika Syarikat (CFIUS) yang diketuai oleh Perbendaharaan, lapor Agensi Anadolu.
Menurut laporan yang memetik eksekutif Tik Tok, 60 peratus saham syarikat induk TikTok ByteDance dimiliki oleh pelabur global, 20 peratus (pekerja) dan 20 peratus (pengasasnya).
TikTok dalam reaksi balasnya berkata penjualan itu tidak akan menangani risiko keselamatan yang dibimbangi AS.
"Jika melindungi keselamatan negara merupakan objektif, pelupusan itu tidak menyelesaikan masalah, perubahan dalam pemilikan tidak akan mengenakan sebarang sekatan baharu ke atas aliran data atau akses.
"Cara terbaik untuk menangani kebimbangan mengenai keselamatan negara ialah dengan perlindungan data dan sistem pengguna AS yang telus dan berasaskan AS, dengan pemantauan, pemeriksaan dan pengesahan pihak ketiga yang mantap yang sudah pun kami laksanakan," kata jurucakap TikTok Brooke Oberwetter dalam satu kenyataan.
Rumah Putih masih belum mengulas mengenai laporan itu.
Aplikasi perkongsian video milik China itu yang dilancarkan pada 2016, menjadi sangat popular di seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan telah mencecah 755 juta pengguna global pada 2022.
Dua pertiga daripada remaja Amerika kini adalah pengguna TikTok.
Aplikasi itu dikritik kerana ia membolehkan kerajaan China mengakses data peribadi sensitif pengguna, termasuk lokasi dan sejarah imbasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TikTok
#Amerika Syarikat
#jual kepentingan
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan