awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan tidak pertimbang beri permit khas kepada ‘ulat foto’ atas dasar keselamatan - Hannah
Konflik Asia Barat: Zarif ditegur susulan rencana pandangan mengenai penamatan perang
Samsung tamatkan Samsung Mesej, pengguna beralih ke Google Messages
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doktor di UK temui cara atasi masalah kegemukan

Sinar Harian
Sinar Harian
07/12/2021
00:05 MYT
Doktor di UK temui cara atasi masalah kegemukan
Masalah kegemukan mungkin dapat diatasi dengan melakukan pembedahan kecil pada pergelangan tangan. - Gambar hiasan
LONDON: Masalah obesiti atau kegemukan mungkin boleh diubati tanpa memerlukan seseorang itu melakukan senaman dan melakukan diet pemakanan.
Seorang doktor di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS) percaya mereka telah menemui satu cara untuk melemahkan hormon ghrelin yang mempunyai nama gelarannya iaitu hormon lapar dalam tubuh manusia.
Hormon itu dapat dilemahkan dengan menghentikan bekalan darah ke bahagian perut.
Satu uji kaji sedang dilakukan diketuai oleh seorang doktor pakar dalam masalah kegemukan, Dr Ahmed R. Ahmed di Hospital St Mary, Paddington tengah London yang berkata, kos bagi tujuan itu hanya melibatkan belanja sebanyak £1,500 (RM8,407).
Ia adalah jauh lebih murah berbanding dengan pembedahan untuk membuang lemak pada badan.
Bagaimanapun, seseorang yang gemuk itu perlu menjalani pembedahan kecil pada pergelangan tangan dan memasukkan wayar berongga ke dalam salur darah menyebabkan ia mampu menghentikan keinginan untuk memakan secara berlebihan.
Menurut Dr Ahmed, jika pembedahan itu sudah diamalkan, pesakit sudah boleh keluar dari hospital dalam tempoh dua jam sahaja.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#obesiti
#diet pemakanan
#Pembedahan
#salur darah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan