awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doktor didenda tersilap potong kaki pesakit

Sinar Harian
Sinar Harian
02/12/2021
04:28 MYT
Doktor didenda tersilap potong kaki pesakit
Pihak mahkamah juga telah menganugerahkan ganti rugi sebanyak 5,000 euro (RM23,914) ditambah dengan kadar faedah kepada balu pesakit tersebut. - Foto Sinar Harian
VIENNA: Sebuah mahkamah Austria mendenda seorang doktor selepas dia tersilap memotong kaki seorang pesakit warga emas, kata seorang jurucakap sebuah tribunal di bandar Linz pada Rabu.
Walaupun doktor wanita tersebut menyatakan bahawa perbuatan tersilap memotong satu kaki pesakit tersebut adalah kesilapan manusia, hakim pula mendapati kesilapan itu adalah berpunca daripada satu kecuaian.
Berikutan itu, doktor tersebut didenda sebanyak 2,700 euro (RM12,914) dengan separuh daripada jumlah itu digantung pembayarannya, kata jurucakap berkenaan.
Doktor itu tersilap menandai kaki seorang warga emas berumur 82 tahun yang hendak dipotong sebelum pembedahan dilakukan pada bulan Mei lalu namun dia menyedari telah melakukan kesilapan dua hari selepas pemotongan dilakukan.
Pihak mahkamah juga telah menganugerahkan ganti rugi sebanyak 5,000 euro (RM23,914) ditambah dengan kadar faedah kepada balu pesakit tersebut.
Ini adalah kerana pesakit berkenaan sudah meninggal dunia sebelum kesnya dibawa ke mahkamah.
Bagaimanapun, doktor itu boleh membuat rayuan berhubung keputusan tersebut dan dia kini bekerja di sebuah klinik yang lain.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#potong kaki
#Doktor
#warga emas
#kecuaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan