awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doktor pecah rekod dunia, keluarkan ketumbuhan seberat 1.8kg dari kepala lelaki

Agensi
Agensi
22/02/2018
23:09 MYT
Doktor pecah rekod dunia, keluarkan ketumbuhan seberat 1.8kg dari kepala lelaki
Lapor akhbar itu lagi, pesakit yang juga seorang pekedai runcit, telah mengalami ketumbuhan itu sejak tiga tahun lalu, namun ketumbuhan membesar dengan pantas sejak tahun lalu. - Gambar hiasan
Sekumpulan doktor di India berjaya melakukan pembedahan untuk mengeluarkan satu ketumbuhan dalam otak yang dikatakan paling besar dan berat pernah dilakukan di dunia.
Lapor The Hindu, berat ketumbuhan itu adalah 1.8 kilogram.
Pembedahan yang mengambil masa lebih 6 jam itu dilakukan pada 14 Februari lalu dan dijalankan keatas seorang lelaki, Santlal Pal, 31 tahun oleh sepasukan doktor pakar saraf dari Hospital Nair, di Mumbai.
Pal kini sedang menjalani pemulihan di wad ICU dan dikatakan berada dalam keadaan stabil.
Kata salah seorang daripada lima pakar saraf yang terbabit, Dr. Trimurti Nadkarni, ketumbuhan terbabit adalah lebih besar daripada saiz kepala Pal sendiri.
Kata Nadkami, pihaknya telah membuat penyelidikan dan tidak menemui sebarang laporan pembedahan ketumbuhan otak yang lebih besar daripada prosedur yang mereka lakukan.
Lapor akhbar itu lagi, pesakit yang juga seorang pekedai runcit itu telah mengalami ketumbuhan itu sejak tiga tahun lalu, namun ketumbuhan membesar dengan pantas sejak tahun lalu dengan hanya 10 peratus ketumbuhan terbabit tumbuh di dalam tengkorak kepala.
"Doktor terpaksa memotong kulit kepala dan mengalihkan ketumbuhan. Bahagian ketumbuhan yang tumbuh di dalam tengkorak pula dibuang dengan membuat potongan di bahagian tengkorak," kata Dr Nadkarni lagi.
Para doktor berkata tekanan akibat ketumbuhan telah menyebabkan pesakit itu mengalami masalah penglihatan. Sekiranya dibiarkan berlarutan pesakit boleh mengalami lumpuh sepenuhnya dan kerosakan saraf.
Dr. Nadkarni berkata dia pernah mebuat pembedahan membabitkan ketumbuhan seberat 1.4 kilogram pada 2002 sementara pada 2008, seorang doktor telah melakukan pembedahan ketumbuhan sebesar bola tenis dengan berat dianggarkan seberat 1.3 kilogram.
Topic Berkaitan
#Hospital
#ICU
#India
#ketumbuhan
#lelaki
#Mumbai
#Pembedahan
#tumor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan