awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua ditahan terlibat eksploitasi seks remaja Indonesia di Australia

Agensi
Agensi
23/07/2024
13:07 MYT
Dua ditahan terlibat eksploitasi seks remaja Indonesia di Australia
Suspek lelaki berusia 43 tahun ditahan di Sydney, Australia dan dijangka dibawa ke mahkamah pada Selasa - Gambar tangkap layar Reuters
SYDNEY: Dua individu ditahan dipercayai terlibat dalam aktiviti pemerdagangan seorang remaja dari Indonesia untuk eksploitasi seksual.
Suspek masing-masing seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan di Sydney, manakala suspek wanita ditahan di Jakarta atas dakwaan merekrut mangsa untuk dihantar ke Australia.
Komander Polis Persekutuan Australia (AFP) , New South Wales, Kate Ferry berkata suspek lelaki didakwa atas satu pertuduhan memperdagangkan remaja berusia 17 tahun, yang membawa hukuman maksimum penjara 25 tahun.
"Penyiasat mengenal pasti seorang lelaki dari Arncliffe yang dikaitkan dengan beberapa wanita terlibat dalam kerja seks di Australia.
"AFP berkongsi risikan ini dengan polis Indonesia yang menjurus kepada pelaksanaan waran geledah serentak di New South Wales dan Jakarta pada Mac 2024.
"Di Australia, waran geledah dijalankan di premis kediaman di Banksia dan Arncliffe, di mana warga asing dikenal pasti sebagai mangsa pemerdagangan manusia yang berpotensi," katanya memetik laporan Reuters.
Kegiatan tersebut terbongkar menerusi Operasi Mirani yang digerakkan sejak Disember 2022 selepas polis menerima maklumat warga asing di Australia yang dipaksa melakukan kerja seks.
Sementara itu, polis menambah, suspek lelaki dijangka dibawa ke Mahkamah Sydney pada Selasa.
Topic Berkaitan
#pemerdagangan manusia
#warga asing
#seks
#hukuman maksimum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan