awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kakitangan kedutaan Israel maut dalam insiden tembakan, suspek ditahan

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2025
05:47 MYT
Dua kakitangan kedutaan Israel maut dalam insiden tembakan, suspek ditahan
Dua kakitangan Kedutaan Israel dilaporkan maut dalam satu insiden tembakan berhampiran Jewish Capital Museum di Washington, D.C., pada malam Rabu. - Foto Reuters
WASHINGTON: Dua kakitangan Kedutaan Israel dilaporkan maut dalam satu insiden tembakan berhampiran Capital Jewish Museum di Washington, D.C., Amerika Syarikat pada malam Rabu.

Ringkasan AI
  • Dua kakitangan Kedutaan Israel maut dalam insiden tembakan berhampiran Capital Jewish Museum di Washington, D.C., dengan suspek dikenali sebagai Elias Rodriguez, 30 tahun, yang ditahan di lokasi kejadian.
  • Suspek didakwa melaungkan slogan -Bebaskan Palestin- selepas melepaskan tembakan, dan pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada insiden ini mempunyai unsur jenayah kebencian atau pengaruh ideologi ekstrem.
  • Presiden AS Donald Trump dan Presiden Israel Isaac Herzog mengecam serangan ini, menyifatkannya sebagai tindakan anti-Semitik dan keganasan tidak berperikemanusiaan, dengan siasatan diketuai oleh pihak berkuasa AS.

Kedua-dua mangsa, seorang lelaki dan seorang wanita, dipercayai merupakan pasangan muda yang sedang merancang untuk bertunang.
Mereka ditembak di persimpangan Jalan 3 dan F di Northwest, berdekatan pejabat lapangan FBI serta pejabat Peguam Negara Amerika Syarikat.
Menurut Ketua Polis Metropolitan Washington, Pamela Smith berkata, suspek dikenali sebagai Elias Rodriguez, 30 tahun, ditahan di lokasi kejadian.
[TERKINI] Dua kakitangan Kedutaan Israel maut
Suspek dilaporkan mundar-mandir di luar muzium sebelum satu acara bermula dan kemudian melepaskan tembakan. Ketika dalam tahanan, Rodriguez dikatakan melaungkan slogan “Bebaskan Palestin”.
Pihak berkuasa memaklumkan bahawa suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah mahupun kaitan terdahulu dengan pihak polis.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyifatkan kejadian itu sebagai serangan berunsur anti-Semitik.
“Pembunuhan mengerikan di D.C. ini, yang jelas berpunca daripada sentimen anti-Semitik, mesti dihentikan, sekarang!” katanya dalam satu kenyataan di platform Truth Social.
Insiden ini turut mendapat kecaman daripada Presiden Israel, Isaac Herzog, dan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, yang menyifatkannya sebagai tindakan keganasan yang tidak berperikemanusiaan.
Sementara itu, Peguam Negara AS, Pam Bondi, dan Peguam Daerah Columbia, Jeanine Pirro, dilaporkan turut hadir di lokasi bagi menyelaraskan siasatan.
Motif sebenar serangan masih dalam siasatan dan pihak berkuasa sedang menilai sama ada insiden ini mempunyai unsur jenayah kebencian atau pengaruh ideologi ekstrem.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#tembakan
#Israel
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan