awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki warga Israel ditahan kes bunuh ala Mafia

Bernama
Bernama
22/01/2018
08:18 MYT
Dua lelaki warga Israel ditahan kes bunuh ala Mafia
Zuarez dan Bokal dipercayai anggota geng Mafia yang telah menjejaki Maor dari Israel. - Gambar hiasan
Dua lelaki warganegara Israel ditangkap di Lapangan Terbang Don Mueang di sini, hari ini kerana disyaki melakukan pembunuhan ala gengster terhadap seorang lelaki senegara mereka di Koh Samui pada Ahad lepas.
Penangkapan Dolev Zuarez, 24 tahun, dan Eyal Bokal, 26, mengakhiri operasi memburu besar-besaran yang dilancarkan pihak berkuasa Thailand berikutan pembunuhan Maor Malil, 34, yang dirakam kamera litar tertutup berhampiran tempat kejadian.
Polis mengesahkan penangkapan dua lelaki itu di lapangan terbang berkenaan pagi ini, lapor media tempatan, yang turut mendakwa bahawa pembunuhan itu adalah susulan konflik antara suspek dan mangsa.
Media tempatan juga melaporkan bahawa dua lelaki berkenaan adalah anggota geng Mafia yang telah menjejaki Maor dari Israel.
Pada hari kejadian, kedua-dua suspek itu yang menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) telah merempuh motosikal yang ditunggang mangsa dan teman wanitanya dari belakang hingga mereka terjatuh.
Seorang daripada suspek kemudian turun daripada kenderaan itu dan mengejar mangsa di tengah-tengah kesibukan lalu lintas di Koh Samui sebelum menikamnya beberapa kali.
Mangsa diisytihar mati di sebuah hospital tempatan manakala teman wanitanya mengalami kecederaan.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#bunuh
#gengster
#Israel
#mafia
#mangsa
#mati
#polis
#suspek
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan