awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut dalam nahas helikopter di New York

Agensi
Agensi
12/03/2018
01:11 MYT
Dua maut dalam nahas helikopter di New York
Berdasarkan satu rakaman video, helikopter tersebut dilihat menjunam ke arah sungai. - Foto REUTERS
Dua maut selepas sebuah helikopter yang membawa enam penumpang terhempas di East River, New York.
Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, helikopter Eurocopter AS350 itu terhempas di Pulau Roosevelt kira-kira jam 7 malam Ahad waktu tempatan, dan dilaporkan dalam keadaan terbalik.
Jurucakap Datuk Bandar Bill de Blasio, Eric Phillips dalam satu posting di laman Twitter memaklumkan, "Sekurang-kurangnya seorang terselamat, sekurang-kurangnya dua mati. Penyelam masih berada di dalam air."
Agensi itu berkata mereka kini menjalankan siasatan, dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional juga sedang meneliti insiden tersebut.
Berdasarkan satu rakaman video, helikopter tersebut dilihat menjunam ke arah sungai dan mendarat dengan percikan besar sebelum tumbang ke sebelah kanan.
Pihak Reuters bagaimanapun buat masa ini belum dapat mengesahkan kesahihan rakaman itu.
Topic Berkaitan
#east river
#Eurocopter AS350
#helikopter
#nahas helikopter
#New York
#terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan