awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut, dua cedera dalam insiden tembakan rambang

Bernama
Bernama
07/07/2019
21:55 MYT
Dua maut, dua cedera dalam insiden tembakan rambang
Dua anggota sukarelawan maut di Yala pada Ahad. - Foto BERNAMA
Dua anggota sukarelawan maut dan dua lagi cedera termasuk seorang orang awam apabila sekumpulan lelaki melepaskan tembakan ke arah mereka yang sedang bertugas di sebuah pondok kawalan keselamatan di Kg Ton Chod di Yala, selatan Thailand pada Ahad.
Dalam kejdian kira-kira 1.40 tengah hari (waktu tempatan), enam individu yang lengkap dengan senjata api menaiki motosikal telah melepaskan tembakan secara rambang ke arah pondok keselamatan itu.
Penolong Ketua Polis Siasatan Jenayah Daerah Mueang, Kapten Polis Chaiyuth Laekman berkata dua anggota sukarelawan itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang anggota sukarelawan dan seorang orang awam cedera.
"Suspek turut melarikan dua laras senapang jenis HK33 dan AK120 milik mangsa," katanya.
Selepas melepaskan tembakan, beliau berkata suspek turut menabur paku di jalan masuk ke lokasi kejadian untuk melambatkan pasukan polis dan hospital ke lokasi.
Mereka yang cedera digegaskan ke Hospital Yala untuk rawatan lanjut, katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Hospital
#keselamatan
#meninggal dunia
#tembakan
#Thailand
#yala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan