awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dunia 'secara rasmi masuki era migrasi iklim' - IOM

Bernama
Bernama
02/09/2023
05:00 MYT
Dunia 'secara rasmi masuki era migrasi iklim' - IOM
Tanpa pelan tindakan iklim, sehingga 105 juta orang dikhuatiri menjadi migran dalaman menjelang 2023 di Afrika sahaja, berdasarkan anggaran laporan Bank Dunia 2021. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Ketua Pengarah Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) menggesa penyelesaian segera bagi menangani perubahan iklim dan cabaran mobiliti manusia ketika dunia memasuki "era migrasi iklim."
"Penyelesaian untuk menangani hubungan perubahan iklim dan mobiliti manusia pada skala kontinental adalah mendesak," Agensi Anadolu memetik Amy Pope sebagai berkata dalam satu kenyataan Jumaat.
Gesaan untuk bertindak dibuat menjelang Sidang Kemuncak Iklim Afrika di Nairobi dari 4 - 6 Sept.
Sidang Kemuncak itu adalah perhimpunan terbesar ketua-ketua negara Afrika, menteri, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), rakan kongsi kemanusiaan dan pembangunan, sektor swasta dan belia, menurut kenyataan itu.
"Negara-negara Afrika adalah antara yang paling terdedah kepada kesan perubahan iklim, mengalami kesan buruk daripada krisis iklim termasuk kemarau, banjir, suhu cuaca ekstrem, peningkatan paras laut," katanya.
Lebih 7.5 juta pemindahan akibat bencana dalaman telah didaftarkan di benua itu pada 2022, menurut laporan Pusat Pemantauan Perpindahan Dalaman yang berpangkalan di Geneva.
Tanpa pelan tindakan iklim, sehingga 105 juta orang dikhuatiri menjadi migran dalaman menjelang 2023 di Afrika sahaja, berdasarkan anggaran laporan Bank Dunia 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IOM
#perubahan iklim
#era migrasi iklim
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan