awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksport daging India naik 4.1 peratus pada 2021-22

Bernama
Bernama
06/04/2022
20:40 MYT
Eksport daging India naik  4.1 peratus pada 2021-22
India merupakan pengeksport daging terkemuka dan Malaysia, Mesir, Iraq serta Arab Saudi adalah antara pasaran utamanya. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Eksport daging kerbau India meningkat kira-kira 4.1 peratus kepada US$3.3 bilion sepanjang tahun kewangan 2021-22, menurut data daripada Kementerian Perdagangan.
Negara itu merupakan pengeksport daging terkemuka dan Malaysia, Mesir, Iraq serta Arab Saudi adalah antara pasaran utamanya.
Beras, daging dan gula adalah antara eksport berasaskan ladang utama India.
Jumlah eksport pertanian sepanjang tahun kewangan April-Mac itu meningkat hampir 20 peratus kepada US$50.2 bilion, menurut data kerajaan terkini.
Eksport beras basmati jatuh 11.9 peratus daripada tahun sebelumnya kepada US$3.5 bilion manakala eksport beras bukan basmati meningkat 27 peratus kepada US$6.1 bilion.
Eksport gula pada 2021-22 melonjak hampir 65 peratus kepada US$4.6 bilion dan eksport marin meningkat 30.3 peratus kepada US$7.7 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#daging kerbau
#eksport
#India
#eksport pertanian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan