awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk umum akan letak jawatan CEO Twitter jika...

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2022
02:15 MYT
Elon Musk umum akan letak jawatan CEO Twitter jika...
Pengumuman itu dibuat selepas Musk melancarkan satu kaji selidik meminta pandangan pengguna Twitter tentang prestasinya sepanjang memegang jawatan sebagai ketua syarikat berkenaan. - Foto fail/REUTERS
ELON Musk mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter sebaik sahaja menemui "seorang yang cukup bodoh" untuk menggantinya.
Jelasnya, susulan itu beliau hanya akan "menguruskan pasukan perisian dan pangkalan".
I will resign as CEO as soon as I find someone foolish enough to take the job! After that, I will just run the software & servers teams.
— Elon Musk (@elonmusk) December 21, 2022
Pengumuman itu dibuat selepas Musk melancarkan satu kaji selidik meminta pandangan pengguna Twitter tentang prestasinya sepanjang memegang jawatan sebagai ketua syarikat berkenaan.
Beliau berkata akan "menerima dan mematuhi keputusan ramai".
BACA: Elon Musk tarik balik sekatan akaun Twitter milik wartawan
BACA: Twitter gantung akaun beberapa wartawan buat liputan Elon Musk
Selepas tempoh kaji selidik berkenaan berakhir pada Ahad lepas, sejumlah 57.5 peratus responden berkata Musk perlu meninggalkan syarikat itu.
Pada akhir Oktober, Musk memuktamadkan pemerolehan Twitter bernilai AS$44 bilion.
Musk merombak operasi harian syarikat, termasuk menamatkan perkhidmatan separuh pekerjanya dan eksekutif Twitter yang bertanggungjawab ke atas privasi, keselamatan siber, dan penapisan platform berkenaan.
Sebelum menyiarkan tinjauan pendapat pada Ahad mengenai potensinya meletak jawatan sebagai ketua Twitter, Musk memaklumkan mulai sekarang, "undian akan dilakukan bagi menentukan perubahan dasar utama" di platform media sosial itu.
Teknologi | Twitter perlu kepimpinan baharu yang pakar
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#letak jawatan
#Ketua Pegawai Eksekutif
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan