awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat maut selepas sistem panggilan kecemasan Australia lumpuh 10 jam

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2025
09:10 MYT
Empat maut selepas sistem panggilan kecemasan Australia lumpuh 10 jam
Gangguan tersebut menjejaskan kira-kira 600 panggilan kecemasan di Selatan Australia, Barat Australia dan Wilayah Utara. -Gambar hiasan/Unsplash
SYDNEY: Empat individu dilaporkan maut selepas sistem panggilan kecemasan triple zero (000) di Australia mengalami gangguan selama 10 jam, dipercayai berpunca daripada kegagalan kemas kini sistem firewall syarikat telekomunikasi Optus.

Ringkasan AI
  • Sistem panggilan kecemasan 000 di Australia mengalami gangguan selama 10 jam akibat kegagalan kemas kini sistem firewall syarikat Optus, menyebabkan empat kematian termasuk bayi dan warga emas.
  • Gangguan tersebut menjejaskan kira-kira 600 panggilan kecemasan di Selatan Australia, Barat Australia dan Wilayah Utara, dengan kelewatan makluman kepada pengurusan dan orang awam.
  • Optus melancarkan siasatan bebas dan berjanji bekerjasama dengan pihak berkuasa, sementara Menteri Komunikasi menyifatkan insiden berulang ini sebagai sangat mengecewakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Optus, Stephen Rue mengesahkan kematian keempat yang sedang disiasat pihak berkuasa, selepas tiga kes kematian sebelum ini melibatkan seorang bayi lapan minggu dan seorang wanita berusia 68 tahun di Adelaide, serta seorang lelaki berusia 74 tahun di Perth.
Menurut Rue, kegagalan sistem itu tidak dimaklumkan segera kepada pihak pengurusan, sekali gus menyebabkan kelewatan tindakan dan makluman kepada orang awam.
“Kami mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan teknikal ini dan kelewatan mengenal pasti masalah tersebut,” katanya dalam sidang media di Sydney.
Gangguan tersebut menyebabkan kira-kira 600 panggilan kecemasan tidak dapat disambungkan di Selatan Australia, Barat Australia dan Wilayah Utara.
Optus hanya menyedari masalah itu selepas menerima aduan daripada pelanggan dan pihak polis tempatan.
Menteri Komunikasi Australia, Anika Wells, menyifatkan insiden itu sebagai sangat mengecewakan memandangkan Optus pernah dikenakan denda A$12 juta pada 2023 atas kegagalan serupa.
“Saya sukar menerima bagaimana perkara ini boleh berulang,” katanya.
Optus kini melancarkan siasatan bebas dan berjanji akan bekerjasama sepenuhnya dengan agensi kerajaan serta badan pengawal selia.
Syarikat itu turut menjalankan semakan kebajikan terhadap semua pelanggan yang terjejas.
Topic Berkaitan
#Australia
#Sistem panggilan kecemasan 000
#Optus
#gangguan selama 10 jam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan